Kenali Pengasas Produk ByDRAZLAN
LATAR BELAKANG HIDUP
DATO' PROF. DR. NORAZLANSHAH HAZALI.
Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Semabok Melaka. Mengharungi dunia persekolahan menengah di 3 buah sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Menengah Yok Bin, Sekolah Tinggi Melaka dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka. Seterusnya Dato' Prof. Dr. Norazlanshah menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di dalam bidang sains makanan.
Kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Awam Malaysia. Giat menjalankan latihan dan perundingan di dalam bidang kesihatan merangkumi aspek keselamatan makanan (Latihan pengendali makanan, asas kebersihan makanan, GMP & HACCP) dan terapi makanan. Bidang penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang keselamatan makanan dan toksikologi makanan.
Beliau berjaya menghasilkan dan memasarkan produk-produk hasil penyelidikan beliau di bawah jenama BYDRAZLANTM seperti Triple-T, Khalifah-T, Golden-B, Kopi Durian Emas, Face Solution Soap, Body Solution Soap, Glo Box dan Solar Generator. Produk-produk beliau ini dipasarkan aktif secara online di dalam mahupun di luar negara.


